Monday 2 April 2012

DECO CREATIVE DOUGH

Kreatif sungguh .... ini semua foto yang dapat saya ambil dari sebuah kedai yang menjual deco creative dough di KL.  Cantik dan mengujakan.

Tapi boleh tengok je... belum boleh beli lagi... tunggu nanti ya!










Monday 26 March 2012

DIY PLAY DOUGH RECIPES





Anak-anak tentu suka bermain dengan doh seperti doh biskut atau  plasticin.  Tentu mereka asyik membuat pelbagai bentuk mengikut kretiviti mereka.


Apa kata kalau kita buat sendiri play doh untuk anak kita, tidak mengandungi pengawit dan boleh dibuat bila-bila dengan menggunakan bahan yang ada di dapur kita.


FD belajar membuat doh ni ikhsan dari kawan.  Resepi mudah dan senang membuatnya.






Resepi DIY PLAYDOUGH DIY


  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil Cream of Tartar
  • 1/2 cawan Garam
  • 1 sudu besar Minyak Sayuran
  • pewarna makanan 
  • ekstrak vanila atau pudina (untuk terbitkan bau kegemaran)


Cara membuatnya:


  • Campurkan semua bahan {kecuali pewarna makanan} dalam periuk.
  • Masak atas api sederhana, kacau sentiasa. 
  • Tambah  ekstrak vanilla untuk aroma kegemaran. 
  • Kacau hingga menjadi doh.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan setiap satu uli dengan pewarna yang dikehendaki.
  • Bungkus doh yang telah diuli dengan plastik kedap udara dan simpan selama 24 jam sebelum digunakan.  Hasilnya memang seperti  plasticin.
  • Selamat mencuba.





ROS - BROOCH

Doh di canai dan dibentuk bunga ros.
Dipadankan dengan clip dan pin untuk  menjadi brooch.


Brooch Ros - Pink



Bahagian belakang brooch 



Brooch Ros - Kuning