Anak-anak tentu suka bermain dengan doh seperti doh biskut atau plasticin. Tentu mereka asyik membuat pelbagai bentuk mengikut kretiviti mereka.
Apa kata kalau kita buat sendiri play doh untuk anak kita, tidak mengandungi pengawit dan boleh dibuat bila-bila dengan menggunakan bahan yang ada di dapur kita.
FD belajar membuat doh ni ikhsan dari kawan. Resepi mudah dan senang membuatnya.
Resepi DIY PLAYDOUGH DIY
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan air
- 2 sudu kecil Cream of Tartar
- 1/2 cawan Garam
- 1 sudu besar Minyak Sayuran
- pewarna makanan
- ekstrak vanila atau pudina (untuk terbitkan bau kegemaran)
Cara membuatnya:
- Campurkan semua bahan {kecuali pewarna makanan} dalam periuk.
- Masak atas api sederhana, kacau sentiasa.
- Tambah ekstrak vanilla untuk aroma kegemaran.
- Kacau hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan setiap satu uli dengan pewarna yang dikehendaki.
- Bungkus doh yang telah diuli dengan plastik kedap udara dan simpan selama 24 jam sebelum digunakan. Hasilnya memang seperti plasticin.
- Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment